Email This Print This News

Kad "Temanku" Untuk Pelanggan MBSB

BackApr 24, 2010

Kuala Lumpur, 24 April 2010. Pengerusi MBSB, YBhg Tan Sri Abdul Halim Ali melancarkan kad "TemanKu MBSB" dan Program Kerjasama Perdagangan Bersama VConnect Marketing di Putrajaya hari ini.

Tan Sri Abdul Halim berkata, program kad keahlian TemanKu MBSB yang dilancarkan pada hari ini disediakan bagi pelanggan-pelanggan produk Pembiayaan Peribadi-i MBSB. Ini bermakna mereka berpeluang menikmati pelbagai tawaran istimewa dengan menjadi ahli kad TemanKu MBSB. Usaha ini adalah untuk menghargai pelanggan-pelanggan MBSB yang setia dengan memberi pelbagai keistimewaan kepada mereka seperti bonus tahunan, bantuan pendidikan, diskaun untuk hotel, restoran dan pusat rekreasi terpilih, nilai Touch n Go, pelan insuran serta pelbagai lagi insentif yang menarik.

Majlis tersebut juga bersempena dengan sambutan ulangtahun ke 60 MBSB. Terdapat pelbagai aktiviti dan acara menarik seperti pertandingan mewarna dan pertunjukan seni mempertahankan diri serta persembahan dari artis-artis popular  diadakan sepanjang tiga hari.

Di majlis tersebut, Tan Sri Abdul Halim turut mengumumkan pemenang hadiah utama berupa kereta Perodua MYVI kepada pemenang Peraduan Bonus Berganda bagi Cabutan Pertama 2010 dan tiga tiket penerbangan ke Hong Kong serta tiket taman tema Disneyland. Beliau juga turut menyampaikan hadiah berupa pakej pelancongan ke Bali kepada 60 pemenang bagi pertandingan mencipta slogan terbaik untuk promosi "Jasamu Dikenang" yang ditujukan khas untuk guru-guru dan kakitangan sekolah. Pelanggan-pelanggan Pembiayaan Peribadi-i MBSB masih boleh menyertai promosi peraduan Bonus Berganda dan berpeluang memenangi kereta Toyota Vios dan Honda Civic bagi tempoh peraduan April hingga Jun serta Julai hingga September 2010.

Untuk keterangan lanjut berhubung kad keahlian "TemanKu MBSB" dan Peraduan Bonus Berganda ini, orang ramai boleh menghubungi Normah Ramli atau Amir Hazree dari Bahagian Pembiayaan Peribadi-i MBSB Leboh Ampang di talian 03–2072 4600/ 2072 4043 atau menghubungi talian bebas tol 1–800–22–6000.

MBSB kini giat mempromosikan Pembiayaan Peribadi-i kepada kakitangan kerajaan dengan memperkenalkan pakej istimewa serta menawarkan kadar faedah yang paling kompetitif di pasaran. MBSB buat masa ini turut menawarkan Pembiayaan Peribadi-i kepada kakitangan badan-badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan yang terpilih. Selain produk Pembiayaan Peribadi-i, MBSB juga menawarkan pakej pembiayaan perumahan, akaun simpanan, simpanan tetap dan kemudahan korporat.

Tan Sri Abdul Halim berkata, MBSB kini sedang mengembangkan perkhidmatan kewangan Islamnya bermula di Pantai Timur Semenanjung.  Dua pejabat pemasaran telah dibuka di Temerloh, Pahang dan  di Kota Bharu, Kelantan manakala satu lagi akan dibuka di Dungun, Terengganu.