Email This Print This News

Peraduan Bonus Berganda MBSB Tawar Hadiah Kereta

BackJan 08, 2010

Kuala Lumpur, 8 Januari 2010. Ketua Pegawai Eksekutif MBSB, Ahmad Zaini Othman, melancarkan Peraduan Bonus Berganda MBSB 2010 di sini hari ini.

Pelanggan MBSB hanya perlu memohon Pinjaman Peribadi-i MBSB dan menjawab soalan mudah beserta cogan kata bagi melayakkan mereka memenangi hadiah-hadiah menarik. Pemenang-pemenang yang bertuah  berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah hebat berupa kereta Honda Civic, Toyota Vios, Perodua Myvi serta Baucer Pelancongan bernilai RM 2,000 setiap satu.

Ahmad Zaini berkata, pelancaran Peraduan Bonus Berganda MBSB 2010 ini  adalah sebahagian daripada inisiatif MBSB bagi menghargai pelanggan-pelanggan dengan menawarkan peluang untuk membawa pulang kereta idaman mereka dan pakej pelancongan beserta pembiayaan daripada MBSB bagi memenuhi keperluan peribadi mereka.

Di majlis tersebut, Ahmad Zaini turut menyampaikan hadiah berupa barangan elektronik seperti TV LCD dan Kamera Video kepada kakitangan Bahagian Pembiayaan Peribadi yang cemerlang.

Pada majlis tersebut, Ahmad Zaini turut mengumumkan pencapaian tahun 2009 terutamanya Pembiayaan Peribadi yang telah mencatatkan peningkatan melebihi 200% berbanding dengan tahun sebelumnya. Beliau turut berkata keuntungan selepas cukai pada suku ketiga tahun 2009 telah meningkat sebanyak 6 kali ganda kepada RM 52.6 juta dan hasil pada 9 bulan pertama tahun 2009 menunjukkan peningkatan yang positif sebanyak 25% iaitu berjumlah RM 379.16 juta. Keuntungan sebelum cukai pada 9 bulan pertama tahun 2009 pula adalah sebanyak RM 88.4 juta iaitu lebih tinggi dari tahun kewangan berakhir 31 December 2008 berjumlah RM 63.9 juta. Walaupun berhadapan dengan keadaan ekonomi yang agak lembab bermula akhir tahun 2008, MBSB masih lagi memperolehi keuntungan yang menggalakkan.

MBSB kini giat mempromosikan pinjaman peribadi-i kepada kakitangan kerajaan dengan memperkenalkan pakej istimewa serta menawarkan kadar faedah yang paling kompetitif di pasaran. MBSB buat masa ini turut menawarkan Pembiayaan Peribadi kepada kakitangan badan-badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan yang terpilih. Selain produk pembiayaan peribadi-i, MBSB juga menawarkan pakej pinjaman perumahan, akaun simpanan, simpanan tetap dan peniagaan korporat.

Untuk keterangan lanjut berhubung peraduan ini, orang ramai boleh menghubungi En. Azman Aziz atau Cik Faraheeda dari Bahagian Pembiayaan Peribadi MBSB Leboh Ampang di talian 03–2072 4600/ 2072 4043 atau menghubungi talian bebas tol 1–800–22–6000.